Skip to main content

Bagaimana Memilih Lelaki Menjadi Teman Hidup

Memilih lelaki untuk dijadikan pasangan hidup bukan semudah memilih baju untuk hadir majlis hari jadi. Jika baju, tak suka yang itu, pilih saja yang ini. Kalau warnanya seperti tidak match, pilih saja warna yang lain.

Bagaimana hendak mengenal lelaki yang sesuai, baik dan serasi? Persoalan ini memang patut menghantui setiap orang sebab tersalah pilih, hidup akan menjadi amat tidak selesa. Macam-macam perkara boleh ditimbulkan oleh sang lelaki, tatkala dia sudah pun bergelar suami. Tidak semudah menukar baju jika ingin lari darinya. Malah dia bagaikan baju plastik yang melekat di badan.

Jika anda mendapat lelaki yang okey segala segi, anda sangat beruntung. Hidup anda akan terpenuh dengan keindahan dan kenikmatan. Tetapi jika anda mendapat lelaki yang tidak okey segala segi, ibarat anda telah menghampiri neraka dunia?.

Apa kriteria yang boleh anda pegang apabila memilih lelaki:

1. Bagaimana agamanya
Jika dia nyata mengabaikan kewajibannya sebagai manusia yang beragama, (terutama sembahyang fardu), usahlah harapkan sesuatu yang menarik daripadanya. Mungkin dia kaya dan penyayang serta boleh memberikan semuanya, tetapi tanpa haluan menuju ketuhanan, dia bukanlah pilihan terbaik.

Betul, bukan semua lelaki yang sembahyang itu baik, tetapi sekurang-kurangnya haluan pimpinannya jelas. Agama diturunkan untuk memantau kehidupan manusia, maka manusia perlu menerima pantauan itu untuk selamat. Dalam soal ini tiada siapa terkecuali.

2. Bagaimana dia melayani ibu bapanya
Seorang lelaki yang bertanggungjawab adalah seorang yang tidak pernah mengabaikan tanggungjawabnya terhadap ibu dan bapanya. Anda boleh lihat dengan jelas akan hal ini. Jika dia menangguhkan pulang ke kampung semata-mata untuk anda, dia bukanlah seorang family man, lantas bukanlah calon terbaik untuk menepati ciri-ciri lelaki pilihan.

Seorang lelaki yang mengambil berat ibu dan ayahnya adalah seorang yang boleh diharap.

3. Bagaimana dia berkelakuan sewaktu bersama anda
Jika dia demand beberapa hal yang tidak munasabah dan ?tidak boleh? sebelum masanya, dia bukanlah lelaki yang terbaik. Cinta tidak perlu dibuktikan dengan perlakuan-perlakuan sumbang yang membawa kemurkaan TUHAN. Ramai wanita silap dalam menafsirkan pengorbanan cinta. Berkorbanlah untuk mendapatkan cinta yang sejati, tetapi tidak usah hingga terkorban diri.

Ingat, wanita ibarat rama-rama, selagi warna sayapnya tidak terurai, selagi itulah dia diminati dan disayangi.

4. Bagaimana keluarga melayaninya
Jika boleh dapatkanlah latarbelakang keluarganya. Keluarga yang rosak dan porak peranda biasanya terdiri daripada ahli yang rosak dan juga porak peranda. Perhati juga bagaimana keluarga melayaninya. Jika keluarga baik terhadapnya, itu menandakan dia baik terhadap keluarga.

5. Siapa sahabatnya
Untuk mengenali dia lihatlah siapa sahabatnya. Sahabatnya adalah cermin untuk dirinya. Jika sahabat-sahabatnya adalah mereka yang baik budi pekerti serta boleh diharap, dia juga sama. Sebaliknya jika dia hanya bergaul dengan orang yang rosak akhlak, dia juga mungkin tidak terkecuali.

6. Apakah kegiatan hidupnya
Lantaran jika dialah pilihan anda dan putus untuk mengakhiri hubungan itu dengan perkahwinan, usah ambil mudah tentang aktiviti hidupnya, maksud saya pekerjaan serta kegemaran serta wawasannya. Ini penting sekali sebab corak kehidupan akan ditentukan oleh apa kegiatan hidupnya serta apa kegemarannya juga apa wawasannya.

Pastikan dia mempunyai pekerjaan, tidak semestinya makan gaji, perniagaan juga baik. Pertanian, perladangan, penternakan dan juga perikanan juga baik. Semua itu bidang pekerjaan yang mulia. Ramai orang tidak kisah dengan bidang pekerjaan teman lelakinya sewaktu di alam percintaan, kemudian menanggung derita setelah berkahwin apabila mengetahui sebenarnya dia tiada pekerjaan, pemalas bahkan penagih dadah. Sukailah dia dan sukailah pekerjaannya, selagi halal, adalah mulia di sisi ALLAH.

7. Lihatlah diri anda sendiri
Lihatlah diri anda sendiri. Bagaimana lelaki yang anda inginkan begitulah diri anda sebenarnya. Jika anda memiliki akhlak yang baik, dia semestinya juga begitu. Jarang orang yang tidak sama peribadi boleh menjalin hubungan intim dan penuh persefahaman.

Mengenali lelaki adalah cabaran utama wanita dalam langkah pertama membina cinta. Mengenali peribadi dan psikologi lelaki pula adalah langkah tuntas menuju kebahagiaan dan kecemerlangan keluarga setelah berkahwin. Lelaki bagaimanakah yang anda inginkan? Pilih, kemudian tafsir, renung dan fikir, usah suka, terus ambil kemudian kahwin lalu menderita.

Comments

Popular posts from this blog

Bendera Malaysia "Terbalik" Ketika Perarakan Kemerdekaan Yang Ke-58 Yang Lalu Mengikut Protokol

Bendera Malaysia diarak ketika Sambutan Kemerdekaan ke 58 PETALING JAYA: Pengguna media sosial belajar sesuatu Ahad lepas tentang bendera Malaysia dan protokol yang sepatutnya diperlukan apabila memaparkannya semasa perarakan. Gambar bendera Malaysia sedang "terbalik" semasa perarakan Hari Kebangsaan pada hari Isnin lalu menjadi viral di media sosial, menarik banyak komen rakyat Malaysia yang kurang maklumat. Gambar itu tersebar di Facebook, dengan pengguna mengejek patriotisme perbarisan. Walau bagaimanapun, pengguna Michael Cheang menjelaskan itu adalah protokol yang sepatutnya terlibat apabila pun cuba mengibarkan bendera negara ketika perarakan. "Tidak, ia tidak adalah satu kesilapan, dan tidak ada yang mendapat salah. "Apabila diadakan secara mendatar dalam perarakan, bendera mesti bergerak seolah-olah ia 'terbang' pada tiang bendera, jadi dalam kes perarakan, maka seolah-olah ia adalah 'terbang' di jalan," katanya. "Apabila

Gambar Saiful dengan 3 menteri

KUALA LUMPUR, 30 Jun (Hrkh) - Empat keping gambar yang diedarkan kepada media mencetuskan pelbagai persoalan siapakah sebenarnya Saiful Bukhari Azlan dan adalah beliau merupakan agen pihak tertentu untuk memerangkap Anwar. Saiful Bukhari Azlan (5th L), an aide to Malaysia's de facto opposition leader Anwar Ibrahim, who lodged police report that he has been sodomised by Anwar, is seen with Malaysia's current Tourism Minister Azalina Othman (4th L) in this undated picture released by Anwar's office to the members of the media June 29, 2008. Anwar denied on Sunday allegations that he had sodomised the aide, saying the charges were an attempt by the government to discredit him. Saiful Bukhari Azlan (L), an aide to Malaysia's de facto opposition leader Anwar Ibrahim, who lodged police report that he has been sodomised by Anwar, is seen with Khairil Annas Jusoh, a special assistant to Malaysia's Deputy Prime Minister Najib Razak, in this undated picture released June 29,

Proton MPV

Ini gambar terbaru Proton MPV. Proton MPV spotted at NKVE Highway at September 2008 Exterior of new Proton MPV * Tail lamps use LEDs * There is a swage line on the side profile of the MPV. * The spare tyre is installed outside under the chassis Interior of new Proton MPV * The peekaboo box revealed a two-tone beige interior, but sources in Proton say the colour of the interior has not been finalised. It may be either beige or grey. * Luggage space is not that great with the third row of seats in place, but can fit one large golf bag. This means balik kampung with 7 people loaded and luggage for 7 will be a challenge. * Second row splits 60:40 while the third row is a 50:50 split. The seats fold flat. * Interior roof height is designed to be quite decent to accommodate people who want to ride with songkoks and turbans. * The shifter uses a gated shift and is dashboard-mounted rather than mounted between the front two seats, a common modern trend with MPV-like vehicles. * The in-car ente