Skip to main content

Posts

Showing posts with the label Money

Melabur dalam ASB menggunakan loan bank?

Cuba kita fikir2 kan... Assalamualaikum, Kalau tak silap saya, belum ada orang yang beri jawapan samada untung atau rugi buat ASB loan ini. Jadi izinkan saya berkongsi sedikit pengetahuan saya samada elok atau tidak elok buat ASB loan ini. Analisis yang saya buat ini cuma ringkas saja dan tidak berniat untuk memburuk-burukkan pihak tertentu. Hanya sekadar untuk pertimbangan anda sebelum membuat keputusan untuk membuat ASB Loan (melabur ke ASB dengan duit pinjaman bank). Dari contoh simpanan ASB RM 100,000 yang terdiri dari Deposit RM 5,000 manakala RM 95,000 pinjaman bank mengikut kadar BLR + 0.5% (iaitu 6.9% setahun) ==> Bayaran bulanan RM 731 untuk tempoh 20 tahun. Seperti yang diiklan, dividen akan diberi terus kpd anda. Contoh: dividen 7% setahun, anda akan dapat RM 7,000 setiap tahun. Boleh dibelanjakan apa saja anda suka dan at the end of 20 years, anda akan terima RM 100,000 yang boleh digunakan untuk beli rumah, pendidikan anak dan sebagainya. Cara A - Gunakan ...