Skip to main content

Posts

Showing posts from April, 2008

PAS Kemuka Tiga Cadangan Tangani Isu Ladang Babi Moden

KUALA LUMPUR: Pas mengemukakan tiga cadangan kepada Kerajaan Selangor yang dianggap dapat menyelesaikan isu projek ladang ternakan babi berkelompok bernilai RM100 juta di Ladang Tumbuk, Kuala Langat. Cadangan itu juga sebagai pilihan kepada rakyat Selangor yang dikemukakan pemimpin tertinggi Pas diketuai Timbalan Presiden Pas, Nasharuddin Mat Isa; Naib Presidennya, Datuk Husam Musa dan Ketua Dewan Pemuda Pas Pusat, Salahuddin Ayub dalam pertemuan dengan Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim di kediamannya di sini, malam kelmarin. Pas juga mahukan kerajaan Pakatan Rakyat pimpinan Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu mengadakan kempen penerangan dan siri dialog bersama rakyat untuk mendapatkan pandangan dan pilihan terbaik mengenai projek berkenaan. Tiga cadangan itu ialah: • Pas mencadangkan kerajaan negeri membiarkan saja kira-kira 300 ladang babi sedia ada terus beroperasi tanpa sebarang tindakan diambil. • Mengambil langkah tidak membenarkan diwujudkan ladang babi di nega

Kesilapan Pemimpin Umno

' Sedutan ucapan Tengku Razaleigh Hamzah di mesyuarat khas perwakilan bahagian Gua Musang yang bermula pagi ini bagi menilai sikap ahli akar umbi selepas ketewasan Umno dalam pilihanraya umum ke-12 : Sampai saat ini, setelah hampir sebulan Umno dan BN mengalami ‘malapetaka’ politik yang dahsyat itu, tidak ada apa-apa tindakan yang diambil oleh pucuk pimpinan parti untuk membincangkan sebab-sebab mengapa ‘malapetaka’ itu berlaku pada Umno dan BN. Tidak ada usaha untuk mengajak para perwakilan Umno dari semua peringkat–peringkat bahagian dan cawangan – untuk mengadakan proses muhasabah secara terbuka, secara kritis tetapi tenang. Matang dan rasional, tidak beremosi, dari hati ke hati sesama anggota parti sendiri, membincangkan ‘masalah rumah’ sendiri ini, dan mencari jalan yang baik dan benar dengan tujuan untuk memperbaiki diri dan menghindari berlakunya kejadian yang lebih buruk lagi baik sekarang mahu pun dalam Pilihan Raya Umum akan datang. Kita mendengar bermacam-macam reaksi, p

Proton Savvy ditarik balik

Pemeriksaan lanjut cari punca masalah galas roda belakang KUALA LUMPUR: Proton Holdings Bhd menarik balik model Savvy daripada pasaran untuk pemeriksaan lanjut sebagai langkah berjaga-jaga terhadap kemungkinan berlaku masalah galas roda belakang yang dimasuki air yang boleh menyebabkan komponen terbabit rosak. Pengarah Urusannya, Datuk Syed Zainal Abidin Syed Mohamed Tahir, berkata langkah itu diambil susulan hasil pemeriksaan rawak terbaru ke atas model itu yang mendapati kemungkinan berlakunya kemasukan air di dalam galas roda berkenaan dan boleh menyebabkan kerosakan terhadap komponen terbabit. "Sebagai langkah berjaga-jaga, kami menarik balik model Savvy untuk pemeriksaan dan pembaikan. Semua pemilik Savvy dinasihati membawa kereta masing-masing ke cawangan Proton Edar dan EON berhampiran. "Kami memohon maaf kepada semua pemilik Savvy atas kesulitan yang timbul. Sesungguhnya keselamatan dan kepuasan pelanggan adalah keutamaan kami di Proton," katanya dalam satu kenya