Skip to main content

Posts

Showing posts from January, 2009

Kekalahan BN di peti undi Kuala Terengganu. Apa silapnya?

Tahun ini menyaksikan Barisan Nasional terlepas satu kerusi parlimen apabila calon BN yang bertanding Datuk Wan Ahmad Farid Wan Salleh, yang mendapat 30,252, kalah kepada calon dari PAS, Mohd Abdul Wahid Endut yang mendapat 32,882 undi,manakala calon bebas, Azharudin Mamat, hanya mendapat 193(beliau hilang wang pertaruhan). dimanakah silapnya kekalahan BN sedangkan Kuala Terangganu mempunyai penduduk yang majoritinya Melayu? Adakah penduduk disitu sudah hilang keyakinan terhadap BN? berikut petikan dari orang kuat BN sejurus kekalahan BN haritu. "Taktik kotor pihak lawan berhimpun di lokasi tumpuan bagi menakutkan pengundi antara faktor peratusan keluar mengundi merosot” Datuk Seri Mohd Ali Rustam Isu remeh yang tiba-tiba menjadi 'besar' di saat akhir menjelang hari mengundi antara punca BN gagal pertahan kerusi itu” Tan Sri Muhammad Muhd Taib "Yang pasti ia bukannya daripada Barisan Nasional...saya boleh pastikan. Itu bukan wang saya.&

National Level Christmas Celebration in MELAKA

The national-level Christmas celebration will be held in the Portuguese Settlement here on Dec 27. Melaka Chief Minister Datuk Seri Mohd Ali Rustam said today preparations to spruce up the open area and food court facing the Straits of Melaka for the event were 95 per cent completed. He told reporters after visiting the site that the Melaka Historical City Council had spent RM1.95 million to beautify and upgrade the settlement and he that it would will boost the tourism industry in the settlement. The celebration would begin at 8.30pm and would be launched by Prime Minsiter Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi who would be accompanied by his wife, Datin Seri Jeanne Abdullah, and Melaka Yang Dipertua Negeri Tun Mohd Khalil Yaakob. He expected a 30,000-strong crowd for the event which would be filled with cultural performances and songs by guest artistes.

Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan mangkat

Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan, Tunku Jaafar Tuanku Abdul Rahman mangkat di Hospital Tuanku Ja'afar (HTJ) pada kira-kira pukul 11.45 pagi ini. Baginda berusia 86 tahun. Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Norzam Mohd Nor yang membuat pengumuman itu di HTJ berkata Almarhum baginda berada dalam keadaan tidak sihat pagi ini selepas mengadu sakit kepala dan tidak selesa. "Baginda mengadu kurang sihat dan sakit kepala pada pukul 8.10 pagi dan pihak HTJ telah dihubungi dan dua Pakar Perunding Kanan HTJ, Datuk Dr Tarmizi Thayaparan dan Datuk Dr K. Sree Raman telah bergegas ke Istana Hinggap di Seremban untuk memberikan rawatan kepada Tuanku,' kata beliau dalam sidang akhbar khas mengumumkan kemangkatan baginda di Bilik VIP HTJ hari ini, lapor Bernama. Turut hadir ialah anggota kerabat diraja Negeri Sembilan, Ketua Polis Negeri, Datuk Osman Salleh dan Pengarah Kesihatan Negeri, Dr Zainal Arifin Omar. Norzam berkata ketika dua pakar itu tiba di Istana Hinggap pada jam