Skip to main content

Posts

Showing posts from July, 2008

Perlawanan Malaysia Pilihan Lawan Chelsea

Selasa- 29hb Julai 2008. Tahniah kepada pasukan Malaysia Pilihan apabila dapat mengurangkan perbezaan gol dengan Chelsea apabila hanya tewas 0-2 kepada pasukan The Blues itu. pencapaian ini adalah sesuatu yang cukup membanggakan. Pasti ramai yang menjangkakan skuad bimbingan Satianathan akan dibelasah, namun semangat juang Sang Harimau membuktikan yang kita juga boleh. Chelsea pada siri perlawanan persahabatan jelajah Asia telah menewaskan kelab dari China iaitu Guangzhou Pharmaceutical 4-0 dan Chengdu Blades 7-0 minggu lepas. Pemain Selangor, Mohamad Amirulhadi Zainal hampir memeranjatkan pasukan Chelsea pada minit ketiga apabila tendangannya tersasar sedikit dari gawang gol Chelsea. Bermain di depan kira-kira 50,000 peminat termasuk ramai penyokong kelab Inggeris itu yang berpakaian jersi biru, Chelsea menguasai perlawanan dengan mempamerkan corak serangan.Rentak perlawanan yang menghiburkan itu akhirnya membawa gol pembukaan pada minit ke-28 menerusi pemain Nicolas Anelka yang

Gambar Saiful dengan tiga menteri, pegawai Najib cetus persoalan konspirasi

KUALA LUMPUR, 30 Jun (Hrkh) - Empat keping gambar yang diedarkan kepada media mencetuskan pelbagai persoalan siapakah sebenarnya Saiful Bukhari Azlan dan adalah beliau merupakan agen pihak tertentu untuk memerangkap Anwar. Mengejutkan, gambar-gambar yang tidak bertarikh itu menggambarkan 'perhubungan mesra' Saiful dengan Menteri Pelancongan, Dato' Seri Azalina Othman Said, Menteri Pertanian, Dato' Mustapha Mohamed, Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Dato' Shahrir Abdul Samad dan Pegawai Khas kepada Timbalan Perdana Menteri, Khairil Anas Yusof. Tiga gambar yang membabitkan menteri-menteri tidak dinyatakan lokasi, namun gambar Saiful dengan Pegawai Khas Dato' Seri Mohd Najib Tun Razak jelas menunjukkan ianya dirakam di Pejabat TPM, yang dikatakan di bangunan Parlimen. Jika Saiful mula bertugas sebagai Pembantu Peribadi Anwar bermula selepas Pilihan Raya Umum Mac lepas, kemungkinan gambarnya bersama Khairil baru sahaja dirakam iaitu pada sida