Program SMS Prepaid Terunggul Dari MYeCASH


KUALA LUMPUR, 30 Jun (Hrkh) - Empat keping gambar yang diedarkan kepada media

mencetuskan pelbagai persoalan siapakah sebenarnya Saiful Bukhari Azlan dan

adalah beliau merupakan agen pihak tertentu untuk memerangkap Anwar.

Image
Mengejutkan, gambar-gambar yang tidak bertarikh itu menggambarkan 'perhubungan

mesra' Saiful dengan Menteri Pelancongan, Dato' Seri Azalina Othman Said,

Menteri Pertanian, Dato' Mustapha Mohamed, Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan

Hal Ehwal Pengguna, Dato' Shahrir Abdul Samad dan Pegawai Khas kepada Timbalan

Perdana Menteri, Khairil Anas Yusof.


Tiga gambar yang membabitkan menteri-menteri tidak dinyatakan lokasi, namun

gambar Saiful dengan Pegawai Khas Dato' Seri Mohd Najib Tun Razak jelas

menunjukkan ianya dirakam di Pejabat TPM, yang dikatakan di bangunan Parlimen.

Image
Jika Saiful mula bertugas sebagai Pembantu Peribadi Anwar bermula selepas

Pilihan Raya Umum Mac lepas, kemungkinan gambarnya bersama Khairil baru sahaja

dirakam iaitu pada sidang parlimen sebulan yang lalu.


Daripada gambar-gambar yang diedarkan, mencetuskan persoalan apakah wujud satu

lagi teori konspirasi membabitkan pihak tertinggi dalam negara, yang jelas

bertujuan untuk menjejaskan imej politik Anwar Ibrahim.


Ianya juga jelas menunjukkan seolah-olahnya ianya suatu bentuk 'retaliation'

pihak tertentu untuk menghalang kemaraan Anwar yang semakin hampir membentuk

Kerajaan Pusat melalui Pakatan Rakyat.


Semalam, Presiden Parti Keadilan Rakyat (KeADILan), Datin Seri Dr Wan Azizah

Wan Ismail mendedahkan gambar pengadu kes Anwar, Saiful Bukhari Azlan dengan

Pegawai Khas kepada Timbalan Perdana Menteri, Khairil Anas Yusof.


Dalam kenyataannya awal pagi semalam, Anwar menegaskan:

Image
"Laporan polis yang dibuat terhadap saya awal pagi ini adalah satu rekaan

semata-mata.


Saya percaya kita sedang menyaksikan ulangan pendekatan sama yang

digunakan terhadap saya pada tahun 1998 apabila tuduhan palsu dibuat dengan

paksaan.

Nyatalah ini satu tindakan terdesak oleh regim Barisan Nasional untuk

menghalang usaha rakyat Malaysia menuju kebebasan, demokrasi dan keadilan.


Laporan palsu ini dirancang oleh pihak-pihak berkepentingan untuk menyerang

saya sebagai satu serangan balas terhadap bukti yang saya perolehi mengaitkan

Ketua Polis Negara Musa Hasan dan Peguam Negara Gani Patail dengan perbuatan

salah laku, termasuk usaha pemalsuan bukti-bukti kes yang melibatkan saya pada

tahun 1998-99.

Image
Serangan jahat ini tidak akan menghalang saya dari mendedahkan

bukti-bukti tersebut kepada awam.


Saya menyeru rakyat Malaysia untuk bangun menentang kuasa-kuasa menindas yang

akan digunakan oleh kerajaan pada hari dan minggu-minggu berikutnya.


Kita

menjangkakan pihak media, badan kehakiman dan pihak polis akan tunduk di bawah

telunjuk serta arahan pemerintah.


Rakan-rakanku rakyat Malaysia- kita telah mengambil langkah berani pada 8hb Mac

2008 untuk mara demi harapan baru untuk kebebasan dan keadilan untuk semua

rakyat.


Gerakan rakyat untuk perubahan mesti terus maju dengan segala kekuatan

dan keberanian. (Anwar Ibrahim, 29 Jun, Shah Alam)
.


Sementara itu Anwar dilaporkan sedang berlindung di Kedutaan Turki kerana

ancaman bunuh yang diterima beliau.


Technorati Tags: , , , ,

blog comments powered by Disqus