Skip to main content

Penjara Pudu Akan Dirobohkan

Sedang aku syok2 baca emel..aku tepandang kat yahoo!news untk malaysia. Then ada satu artikel berita psal Penjara Pudu yang akan dirobohkan untuk projek RM83juta five-lane tunnel.

Namun, sebahagian je yang confirm kena roboh..iaitu tembok arah Selatan. Pun begitu tempat2 lain masih belum confirm kena roboh ke tak sebab tuan tanahnya, UDA Holding macam ragu2 nak robohkan..sayang kat khazanah negara kot.

Well, sejarah Penjara Pudu atau dahulunya dikenali sebagai Pudu Goal terletak di Jalan Hang Tuah mula dibina pada tahun 1891 di atas tanah seluas 10 hektar. Pembinaan penjara tersebut telah dibuat secara berperingkat dan telah siap sepenuhnya pada tahun 1895.

Penjara Pudu siap dibina 1895 menyerupai Penjara Kindy Bogambia berbentuk X.

Tembok penjara telah mula dibina pada Februari 1891 dan siap pada bulan Ogos 1892. Tembok ini dibina daripada batu bata yang dilepa dengan simen yang diimport dari negeri koloni British. Kos bagi pembinaan tembok ini sahaja berjumlah RM 15,360.90 (harga pada tahun 1800an).

Bagi blok pentadbiran dan dapur pula, ia mula dibina pada tahun 1892 dengan kos pembinaan sebanyak RM28,700.00 dan RM 3,775.00 (harga pada tahun 1800an). Pada asalnya bangunan pentadbiran terdiri dua tingkat yang menempatkan pejabat “Gaoler", pejabat kerani, stor, bilik pemeriksaan dan bilik pengawal. Reka bentuk untuk dapur penjara adalah menyerupai dapur "pauper hospital". Bangunan dapur ini mengandungi sebuah stor dan bilik timbang. Sebelum bangunan utama penempatan banduan siap dibina, lima buah bangunan sementara telah dibina bagi menempatkan banduan-banduan yang menjalankan kerja-kerja pembinaan. Bangunan tersebut telah dibina dalam kawasan tembok penjara.

Bangunan penempatan utama telah mula dibina pada bulan November, 1891 dan siap pada bulan Mac, 1892. Bangunan penempatan utama ini mengandungi 240 bilik menyerupai Penjara Kandy di Bogambia iaitu berbentuk X dan dibina setinggi tiga tingkat. Setiap blok dipisahkan oleh pintu pagar yang berkunci. Ia dibina dengan harga RM 84,886.00. Pada tahun 1894 sewaktu lawatan Residen British, beliau telah mencadangkan agar dibuat pertambahan sebanyak 54 bilik lagi untuk disambung di Blok C dan D. Kerja-kerja penyambungan ini telah siap dibuat pada tahun 1895.

Blok D telah menempatkan bilik akhir dan bilik gantung. Dari tahun 1960 hingga 1993, seramai 180 pesalah telah menjalani hukuman gantung sampai mati disini.
.














































Laman web Penjara pudu Penjara Pudu

Comments

Popular posts from this blog

Bendera Malaysia "Terbalik" Ketika Perarakan Kemerdekaan Yang Ke-58 Yang Lalu Mengikut Protokol

Bendera Malaysia diarak ketika Sambutan Kemerdekaan ke 58 PETALING JAYA: Pengguna media sosial belajar sesuatu Ahad lepas tentang bendera Malaysia dan protokol yang sepatutnya diperlukan apabila memaparkannya semasa perarakan. Gambar bendera Malaysia sedang "terbalik" semasa perarakan Hari Kebangsaan pada hari Isnin lalu menjadi viral di media sosial, menarik banyak komen rakyat Malaysia yang kurang maklumat. Gambar itu tersebar di Facebook, dengan pengguna mengejek patriotisme perbarisan. Walau bagaimanapun, pengguna Michael Cheang menjelaskan itu adalah protokol yang sepatutnya terlibat apabila pun cuba mengibarkan bendera negara ketika perarakan. "Tidak, ia tidak adalah satu kesilapan, dan tidak ada yang mendapat salah. "Apabila diadakan secara mendatar dalam perarakan, bendera mesti bergerak seolah-olah ia 'terbang' pada tiang bendera, jadi dalam kes perarakan, maka seolah-olah ia adalah 'terbang' di jalan," katanya. "Apabila...

Tiga Kejadian Tanah runtuh Dalam Seminggu

Hujan lebat setiap hari di Malaysia telah mengakibatkan kejadian 3 tanah runtuh berlaku dalam masa seminggu. Kejadian Pertama Tarikh : 30 November 2008 (Ahad) Lokasi : Ulu Yam, Selangor Dalam kejadian jam 5.30 pagi kelmarin, dua anak Roslan, Nur Athirah Roslan, 16, dan Nurintan Shereena, 9, mati tertimbus dalam runtuhan cerun menggelungsur lalu menimbus sebahagian besar rumah mereka yang terletak di Lot 110, Jalan Belida 1, Seksyen 13, Ulu Yam Perdana. Roslan yang bertugas sebagai juruterbang Firefly dan isterinya, Azizah Madun, 42, serta tiga lagi anak mereka Norman Afiq, 4; Anis Afina, 6 dan Nurlisa Azira, 8, bagaimanapun selamat selepas berjaya keluar melalui lubang bumbung. Kejadian Kedua Tarikh : 5 Disember 2008 Lokasi : Jalan Semantan Beberapa runtuhan susulan berlaku di lokasi tanah runtuh bersebelahan tempat letak kereta di antara bangunan Commerce Square dan bangunan Amanah Raya di Jalan Semantan dekat ini hari ini. Siri runtuhan tanah itu berlaku sekitar pukul 2.15 petang d...

Bagaimana Memilih Lelaki Menjadi Teman Hidup

Memilih lelaki untuk dijadikan pasangan hidup bukan semudah memilih baju untuk hadir majlis hari jadi. Jika baju, tak suka yang itu, pilih saja yang ini. Kalau warnanya seperti tidak match, pilih saja warna yang lain. Bagaimana hendak mengenal lelaki yang sesuai, baik dan serasi? Persoalan ini memang patut menghantui setiap orang sebab tersalah pilih, hidup akan menjadi amat tidak selesa. Macam-macam perkara boleh ditimbulkan oleh sang lelaki, tatkala dia sudah pun bergelar suami. Tidak semudah menukar baju jika ingin lari darinya. Malah dia bagaikan baju plastik yang melekat di badan. Jika anda mendapat lelaki yang okey segala segi, anda sangat beruntung. Hidup anda akan terpenuh dengan keindahan dan kenikmatan. Tetapi jika anda mendapat lelaki yang tidak okey segala segi, ibarat anda telah menghampiri neraka dunia?. Apa kriteria yang boleh anda pegang apabila memilih lelaki: 1. Bagaimana agamanya Jika dia nyata mengabaikan kewajibannya sebagai manusia yang bera...