Skip to main content

Tiga Kejadian Tanah runtuh Dalam Seminggu

Hujan lebat setiap hari di Malaysia telah mengakibatkan kejadian 3 tanah runtuh berlaku dalam masa seminggu.

Kejadian Pertama
Tarikh : 30 November 2008 (Ahad)
Lokasi : Ulu Yam, Selangor

Dalam kejadian jam 5.30 pagi kelmarin, dua anak Roslan, Nur Athirah Roslan, 16, dan Nurintan Shereena, 9, mati tertimbus dalam runtuhan cerun menggelungsur lalu menimbus sebahagian besar rumah mereka yang terletak di Lot 110, Jalan Belida 1, Seksyen 13, Ulu Yam Perdana.

Roslan yang bertugas sebagai juruterbang Firefly dan isterinya, Azizah Madun, 42, serta tiga lagi anak mereka Norman Afiq, 4; Anis Afina, 6 dan Nurlisa Azira, 8, bagaimanapun selamat selepas berjaya keluar melalui lubang bumbung.




Kejadian Kedua
Tarikh : 5 Disember 2008
Lokasi : Jalan Semantan

Beberapa runtuhan susulan berlaku di lokasi tanah runtuh bersebelahan tempat letak kereta di antara bangunan Commerce Square dan bangunan Amanah Raya di Jalan Semantan dekat ini hari ini.

Siri runtuhan tanah itu berlaku sekitar pukul 2.15 petang dan berakhir 10 minit kemudian.

Tahap keselamatan dikawal rapi dan orang ramai dilarang memasuki tempat kejadian.

Kesemua 11 buah kereta yang tertimbus dalam runtuhan semalam berjaya dikeluarkan sementara kedua-dua bangunan yang terletak sebelah tempat kejadian telah dikosongkan. –

lagi berita : Utusan Malaysia


Kejadian Ketiga
Tarikh : 6 Disember 2008 (Sabtu)
Lokasi : Bukit Antarabangsa, Kuala Lumpur

Tujuh orang terkorban dalam kejadian tanah runtuh di kawasan Bukit Antarabangsa, Hulu Klang setakat ini, termasuk seorang ibu dan anaknya.

landslide bukit antarabangsa 01Manakala lima orang lagi dikhuatiri terperangkap dalam kejadian tanah runtuh jam 4 pagi tadi yang menyebabkan 14 banglo di Taman Bukit Mewah dan Taman Bukit Utama di kawasan Bukit Antarabangsa dekat ibu negara, tertimbus.

Ketua Polis Selangor Datuk Khalid Abu Bakar yang berada di tempat kejadian berkata 93 mangsa dalam kejadian tanah runtuh yang menimbus 14 buah banglo di aman Bukit Mewah dan Taman Bukit Utama di kawasan Bukit Antarabangsa itu berjaya menyelamatkan diri, lapor Bernama.

Popular posts from this blog

Gambar Saiful dengan 3 menteri

KUALA LUMPUR, 30 Jun (Hrkh) - Empat keping gambar yang diedarkan kepada media mencetuskan pelbagai persoalan siapakah sebenarnya Saiful Bukhari Azlan dan adalah beliau merupakan agen pihak tertentu untuk memerangkap Anwar. Saiful Bukhari Azlan (5th L), an aide to Malaysia's de facto opposition leader Anwar Ibrahim, who lodged police report that he has been sodomised by Anwar, is seen with Malaysia's current Tourism Minister Azalina Othman (4th L) in this undated picture released by Anwar's office to the members of the media June 29, 2008. Anwar denied on Sunday allegations that he had sodomised the aide, saying the charges were an attempt by the government to discredit him. Saiful Bukhari Azlan (L), an aide to Malaysia's de facto opposition leader Anwar Ibrahim, who lodged police report that he has been sodomised by Anwar, is seen with Khairil Annas Jusoh, a special assistant to Malaysia's Deputy Prime Minister Najib Razak, in this undated picture released June 29, ...

Proton MPV

Ini gambar terbaru Proton MPV. Proton MPV spotted at NKVE Highway at September 2008 Exterior of new Proton MPV * Tail lamps use LEDs * There is a swage line on the side profile of the MPV. * The spare tyre is installed outside under the chassis Interior of new Proton MPV * The peekaboo box revealed a two-tone beige interior, but sources in Proton say the colour of the interior has not been finalised. It may be either beige or grey. * Luggage space is not that great with the third row of seats in place, but can fit one large golf bag. This means balik kampung with 7 people loaded and luggage for 7 will be a challenge. * Second row splits 60:40 while the third row is a 50:50 split. The seats fold flat. * Interior roof height is designed to be quite decent to accommodate people who want to ride with songkoks and turbans. * The shifter uses a gated shift and is dashboard-mounted rather than mounted between the front two seats, a common modern trend with MPV-like vehicles. * The in-car ente...

Wan Azizah mengosongkan kerusi Permatang Pauh

Jul 31, 08 3:18pm PresidenPKR, Datuk Seri Dr Azizah Wan Ismail telah mengosongkan kerusi Parlimen Permatang Pauh untuk membuka laluan kepada suaminya, yang jugaKetua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim bertanding dalam pilihanrayakecil untuk kerusi tersebut. Bercakap dalam satu sidang akhbar di ibupejabat PKR di Petaling Jaya, Wan Azizah berkata, beliau bagaimanapun kekal sebagai presiden PKR. Wan Azizah berkata, beliau telah menghantar surat peletakan jawatan tersebut kepada Speaker Dewan Rakyat hari ini. Permatang dianggap sebagai kerusi yang selamat berdasarkan kepada keputusan pilihanraya umum lalu, Wan Azizah menang besar dengan majroti 13,388. Beliau mendapatkan 30,348 undi, menewaskan calon Barisan Nasional (BN) dariUmno, Datuk Pirdaus Ismail yang memperolehi 16,950 undi. WanAzizah mewakili kerusi Permatang Pauh selama tiga penggal. Dalam pilihanraya 2004, beliau menang tipis dengan majoriti 590 undi, jugamenewaskan Pirdaus. Jika Anwar kalah,adakah Parti Keadilan akan dibubarkan...