Skip to main content

Posts

Perlawanan Malaysia Pilihan Lawan Chelsea

Selasa- 29hb Julai 2008. Tahniah kepada pasukan Malaysia Pilihan apabila dapat mengurangkan perbezaan gol dengan Chelsea apabila hanya tewas 0-2 kepada pasukan The Blues itu. pencapaian ini adalah sesuatu yang cukup membanggakan. Pasti ramai yang menjangkakan skuad bimbingan Satianathan akan dibelasah, namun semangat juang Sang Harimau membuktikan yang kita juga boleh. Chelsea pada siri perlawanan persahabatan jelajah Asia telah menewaskan kelab dari China iaitu Guangzhou Pharmaceutical 4-0 dan Chengdu Blades 7-0 minggu lepas. Pemain Selangor, Mohamad Amirulhadi Zainal hampir memeranjatkan pasukan Chelsea pada minit ketiga apabila tendangannya tersasar sedikit dari gawang gol Chelsea. Bermain di depan kira-kira 50,000 peminat termasuk ramai penyokong kelab Inggeris itu yang berpakaian jersi biru, Chelsea menguasai perlawanan dengan mempamerkan corak serangan.Rentak perlawanan yang menghiburkan itu akhirnya membawa gol pembukaan pada minit ke-28 menerusi pemain Nicolas Anelka yang...

Gambar Saiful dengan tiga menteri, pegawai Najib cetus persoalan konspirasi

KUALA LUMPUR, 30 Jun (Hrkh) - Empat keping gambar yang diedarkan kepada media mencetuskan pelbagai persoalan siapakah sebenarnya Saiful Bukhari Azlan dan adalah beliau merupakan agen pihak tertentu untuk memerangkap Anwar. Mengejutkan, gambar-gambar yang tidak bertarikh itu menggambarkan 'perhubungan mesra' Saiful dengan Menteri Pelancongan, Dato' Seri Azalina Othman Said, Menteri Pertanian, Dato' Mustapha Mohamed, Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Dato' Shahrir Abdul Samad dan Pegawai Khas kepada Timbalan Perdana Menteri, Khairil Anas Yusof. Tiga gambar yang membabitkan menteri-menteri tidak dinyatakan lokasi, namun gambar Saiful dengan Pegawai Khas Dato' Seri Mohd Najib Tun Razak jelas menunjukkan ianya dirakam di Pejabat TPM, yang dikatakan di bangunan Parlimen. Jika Saiful mula bertugas sebagai Pembantu Peribadi Anwar bermula selepas Pilihan Raya Umum Mac lepas, kemungkinan gambarnya bersama Khairil baru sahaja dirakam iaitu pada sida...

Gambar Saiful dengan 3 menteri

KUALA LUMPUR, 30 Jun (Hrkh) - Empat keping gambar yang diedarkan kepada media mencetuskan pelbagai persoalan siapakah sebenarnya Saiful Bukhari Azlan dan adalah beliau merupakan agen pihak tertentu untuk memerangkap Anwar. Saiful Bukhari Azlan (5th L), an aide to Malaysia's de facto opposition leader Anwar Ibrahim, who lodged police report that he has been sodomised by Anwar, is seen with Malaysia's current Tourism Minister Azalina Othman (4th L) in this undated picture released by Anwar's office to the members of the media June 29, 2008. Anwar denied on Sunday allegations that he had sodomised the aide, saying the charges were an attempt by the government to discredit him. Saiful Bukhari Azlan (L), an aide to Malaysia's de facto opposition leader Anwar Ibrahim, who lodged police report that he has been sodomised by Anwar, is seen with Khairil Annas Jusoh, a special assistant to Malaysia's Deputy Prime Minister Najib Razak, in this undated picture released June 29, ...

PAS Kemuka Tiga Cadangan Tangani Isu Ladang Babi Moden

KUALA LUMPUR: Pas mengemukakan tiga cadangan kepada Kerajaan Selangor yang dianggap dapat menyelesaikan isu projek ladang ternakan babi berkelompok bernilai RM100 juta di Ladang Tumbuk, Kuala Langat. Cadangan itu juga sebagai pilihan kepada rakyat Selangor yang dikemukakan pemimpin tertinggi Pas diketuai Timbalan Presiden Pas, Nasharuddin Mat Isa; Naib Presidennya, Datuk Husam Musa dan Ketua Dewan Pemuda Pas Pusat, Salahuddin Ayub dalam pertemuan dengan Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim di kediamannya di sini, malam kelmarin. Pas juga mahukan kerajaan Pakatan Rakyat pimpinan Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu mengadakan kempen penerangan dan siri dialog bersama rakyat untuk mendapatkan pandangan dan pilihan terbaik mengenai projek berkenaan. Tiga cadangan itu ialah: • Pas mencadangkan kerajaan negeri membiarkan saja kira-kira 300 ladang babi sedia ada terus beroperasi tanpa sebarang tindakan diambil. • Mengambil langkah tidak membenarkan diwujudkan ladang babi di nega...

Kesilapan Pemimpin Umno

' Sedutan ucapan Tengku Razaleigh Hamzah di mesyuarat khas perwakilan bahagian Gua Musang yang bermula pagi ini bagi menilai sikap ahli akar umbi selepas ketewasan Umno dalam pilihanraya umum ke-12 : Sampai saat ini, setelah hampir sebulan Umno dan BN mengalami ‘malapetaka’ politik yang dahsyat itu, tidak ada apa-apa tindakan yang diambil oleh pucuk pimpinan parti untuk membincangkan sebab-sebab mengapa ‘malapetaka’ itu berlaku pada Umno dan BN. Tidak ada usaha untuk mengajak para perwakilan Umno dari semua peringkat–peringkat bahagian dan cawangan – untuk mengadakan proses muhasabah secara terbuka, secara kritis tetapi tenang. Matang dan rasional, tidak beremosi, dari hati ke hati sesama anggota parti sendiri, membincangkan ‘masalah rumah’ sendiri ini, dan mencari jalan yang baik dan benar dengan tujuan untuk memperbaiki diri dan menghindari berlakunya kejadian yang lebih buruk lagi baik sekarang mahu pun dalam Pilihan Raya Umum akan datang. Kita mendengar bermacam-macam reaksi, p...

Proton Savvy ditarik balik

Pemeriksaan lanjut cari punca masalah galas roda belakang KUALA LUMPUR: Proton Holdings Bhd menarik balik model Savvy daripada pasaran untuk pemeriksaan lanjut sebagai langkah berjaga-jaga terhadap kemungkinan berlaku masalah galas roda belakang yang dimasuki air yang boleh menyebabkan komponen terbabit rosak. Pengarah Urusannya, Datuk Syed Zainal Abidin Syed Mohamed Tahir, berkata langkah itu diambil susulan hasil pemeriksaan rawak terbaru ke atas model itu yang mendapati kemungkinan berlakunya kemasukan air di dalam galas roda berkenaan dan boleh menyebabkan kerosakan terhadap komponen terbabit. "Sebagai langkah berjaga-jaga, kami menarik balik model Savvy untuk pemeriksaan dan pembaikan. Semua pemilik Savvy dinasihati membawa kereta masing-masing ke cawangan Proton Edar dan EON berhampiran. "Kami memohon maaf kepada semua pemilik Savvy atas kesulitan yang timbul. Sesungguhnya keselamatan dan kepuasan pelanggan adalah keutamaan kami di Proton," katanya dalam satu kenya...