Skip to main content

PAS Kemuka Tiga Cadangan Tangani Isu Ladang Babi Moden

KUALA LUMPUR: Pas mengemukakan tiga cadangan kepada Kerajaan Selangor yang dianggap dapat menyelesaikan isu projek ladang ternakan babi berkelompok bernilai RM100 juta di Ladang Tumbuk, Kuala Langat.
Cadangan itu juga sebagai pilihan kepada rakyat Selangor yang dikemukakan pemimpin tertinggi Pas diketuai Timbalan Presiden Pas, Nasharuddin Mat Isa; Naib Presidennya, Datuk Husam Musa dan Ketua Dewan Pemuda Pas Pusat, Salahuddin Ayub dalam pertemuan dengan Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim di kediamannya di sini, malam kelmarin.
Pas juga mahukan kerajaan Pakatan Rakyat pimpinan Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu mengadakan kempen penerangan dan siri dialog bersama rakyat untuk mendapatkan pandangan dan pilihan terbaik mengenai projek berkenaan.

Tiga cadangan itu ialah:
• Pas mencadangkan kerajaan negeri membiarkan saja kira-kira 300 ladang babi sedia ada terus beroperasi tanpa sebarang tindakan diambil.
• Mengambil langkah tidak membenarkan diwujudkan ladang babi di negara ini seperti di Singapura.
• Memusatkan semua ladang ternakan babi menggunakan teknologi terkini dan tidak memberi kesan kepada alam sekitar dan menimbulkan keresahan umat Islam.

Salahuddin berkata, dalam pertemuan itu, Abdul Khalid bersetuju dengan cadangan Pas itu dan kerajaan negeri akan mengadakan penerangan untuk mendapatkan maklum balas daripada rakyat.
Katanya, Pas bersetuju jika kerajaan negeri melaksanakan projek berkenaan menggunakan kaedah moden dan menempatkan satu tempat semua ladang ternakan babi di negeri itu.
"Pas berharap kerajaan negeri mengambil langkah terbaik menyelesaikan isu ladang ternakan babi yang mendapat bantahan rakyat.
"Dia (Abdul Khalid) dalam perjumpaan itu, bersetuju dengan cadangan yang kita kemukakan itu," katanya selepas mempengerusikan mesyuarat bulanan Jawatankuasa Dewan Pemuda Pas Pusat, di Ibu Pejabat Pas Pusat, di sini, semalam.
Salahuddin mendakwa isu ladang ternakan babi itu juga sudah dimanipulasikan oleh media sehingga menjadi besar.
Bagaimanapun, beliau percaya kerajaan negeri akan mengambil langkah sewajarnya menangani isu itu selaras kehendak rakyat Selangor.
"Sudah pasti isu ini menjadi tanggungjawab kerajaan negeri menyelesaikannya dengan baik," katanya
Baru-baru ini, Kerajaan Selangor meluluskan projek ladang ternakan babi berkelompok bernilai RM100 juta di Ladang Tumbuk, Kuala Langat yang dijangka siap dalam tempoh antara enam bulan hingga setahun.
Abdul Khalid berkata, kerajaan negeri hanya meneruskan projek diluluskan kerajaan negeri sebelum ini pimpinan Datuk Seri Dr Mohamad Khir Toyo yang meluluskan projek itu pada mesyuarat Exco, 30 Januari lalu.
Ditanya jika rakyat menolak terus projek ternakan babi itu, katanya perkara itu tidak mungkin berlaku.
"Kita memberi tiga pilihan kepada kerajaan negeri untuk dikemukakan kepada rakyat mengenai ladang ternakan babi di negeri ini.
"Saya percaya cadangan memusatkan semua ladang babi di satu kawasan menggunakan sistem terkini boleh diterima seluruh rakyat Selangor.
"Cadangan itu juga tidak menyekat hak orang bukan Islam mendapatkan bekalan babi, tetapi perlu menjaga kebersihan kawasan ternakan dan tidak mengganggu sensiviti umat Islam," katanya.
source:Berita Minggu

Comments

  1. Kalau iye pun nak bukak ladang babi yg terbesar, biar lah di bukak di tengah2 hutan jauh dari poenduduk2. Ni pulak dekat dgn lapangan terbang nak bagi semua pelawat2 bau dulu ke waktu pertama kali menjejak kaki di Malaysia? Di Jerman m,eraka membuat ladang babi jauh dari kota, jauh dari tempat2 kediaman. Kalau nak tiru tu tiru lah dgn betul2 jgn pakai hentam saja.

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Gambar Saiful dengan 3 menteri

KUALA LUMPUR, 30 Jun (Hrkh) - Empat keping gambar yang diedarkan kepada media mencetuskan pelbagai persoalan siapakah sebenarnya Saiful Bukhari Azlan dan adalah beliau merupakan agen pihak tertentu untuk memerangkap Anwar. Saiful Bukhari Azlan (5th L), an aide to Malaysia's de facto opposition leader Anwar Ibrahim, who lodged police report that he has been sodomised by Anwar, is seen with Malaysia's current Tourism Minister Azalina Othman (4th L) in this undated picture released by Anwar's office to the members of the media June 29, 2008. Anwar denied on Sunday allegations that he had sodomised the aide, saying the charges were an attempt by the government to discredit him. Saiful Bukhari Azlan (L), an aide to Malaysia's de facto opposition leader Anwar Ibrahim, who lodged police report that he has been sodomised by Anwar, is seen with Khairil Annas Jusoh, a special assistant to Malaysia's Deputy Prime Minister Najib Razak, in this undated picture released June 29, ...

Proton MPV

Ini gambar terbaru Proton MPV. Proton MPV spotted at NKVE Highway at September 2008 Exterior of new Proton MPV * Tail lamps use LEDs * There is a swage line on the side profile of the MPV. * The spare tyre is installed outside under the chassis Interior of new Proton MPV * The peekaboo box revealed a two-tone beige interior, but sources in Proton say the colour of the interior has not been finalised. It may be either beige or grey. * Luggage space is not that great with the third row of seats in place, but can fit one large golf bag. This means balik kampung with 7 people loaded and luggage for 7 will be a challenge. * Second row splits 60:40 while the third row is a 50:50 split. The seats fold flat. * Interior roof height is designed to be quite decent to accommodate people who want to ride with songkoks and turbans. * The shifter uses a gated shift and is dashboard-mounted rather than mounted between the front two seats, a common modern trend with MPV-like vehicles. * The in-car ente...

Wan Azizah mengosongkan kerusi Permatang Pauh

Jul 31, 08 3:18pm PresidenPKR, Datuk Seri Dr Azizah Wan Ismail telah mengosongkan kerusi Parlimen Permatang Pauh untuk membuka laluan kepada suaminya, yang jugaKetua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim bertanding dalam pilihanrayakecil untuk kerusi tersebut. Bercakap dalam satu sidang akhbar di ibupejabat PKR di Petaling Jaya, Wan Azizah berkata, beliau bagaimanapun kekal sebagai presiden PKR. Wan Azizah berkata, beliau telah menghantar surat peletakan jawatan tersebut kepada Speaker Dewan Rakyat hari ini. Permatang dianggap sebagai kerusi yang selamat berdasarkan kepada keputusan pilihanraya umum lalu, Wan Azizah menang besar dengan majroti 13,388. Beliau mendapatkan 30,348 undi, menewaskan calon Barisan Nasional (BN) dariUmno, Datuk Pirdaus Ismail yang memperolehi 16,950 undi. WanAzizah mewakili kerusi Permatang Pauh selama tiga penggal. Dalam pilihanraya 2004, beliau menang tipis dengan majoriti 590 undi, jugamenewaskan Pirdaus. Jika Anwar kalah,adakah Parti Keadilan akan dibubarkan...