Namun, sebahagian je yang confirm kena roboh..iaitu tembok arah Selatan. Pun begitu tempat2 lain masih belum confirm kena roboh ke tak sebab tuan tanahnya, UDA Holding macam ragu2 nak robohkan..sayang kat khazanah negara kot.
Well, sejarah Penjara Pudu atau dahulunya dikenali sebagai Pudu Goal terletak di Jalan Hang Tuah mula dibina pada tahun 1891 di atas tanah seluas 10 hektar. Pembinaan penjara tersebut telah dibuat secara berperingkat dan telah siap sepenuhnya pada tahun 1895.
Penjara Pudu siap dibina 1895 menyerupai Penjara Kindy Bogambia berbentuk X.
Tembok penjara telah mula dibina pada Februari 1891 dan siap pada bulan Ogos 1892. Tembok ini dibina daripada batu bata yang dilepa dengan simen yang diimport dari negeri koloni British. Kos bagi pembinaan tembok ini sahaja berjumlah RM 15,360.90 (harga pada tahun 1800an).
Bagi blok pentadbiran dan dapur pula, ia mula dibina pada tahun 1892 dengan kos pembinaan sebanyak RM28,700.00 dan RM 3,775.00 (harga pada tahun 1800an). Pada asalnya bangunan pentadbiran terdiri dua tingkat yang menempatkan pejabat “Gaoler", pejabat kerani, stor, bilik pemeriksaan dan bilik pengawal. Reka bentuk untuk dapur penjara adalah menyerupai dapur "pauper hospital". Bangunan dapur ini mengandungi sebuah stor dan bilik timbang. Sebelum bangunan utama penempatan banduan siap dibina, lima buah bangunan sementara telah dibina bagi menempatkan banduan-banduan yang menjalankan kerja-kerja pembinaan. Bangunan tersebut telah dibina dalam kawasan tembok penjara.
Bangunan penempatan utama telah mula dibina pada bulan November, 1891 dan siap pada bulan Mac, 1892. Bangunan penempatan utama ini mengandungi 240 bilik menyerupai Penjara Kandy di Bogambia iaitu berbentuk X dan dibina setinggi tiga tingkat. Setiap blok dipisahkan oleh pintu pagar yang berkunci. Ia dibina dengan harga RM 84,886.00. Pada tahun 1894 sewaktu lawatan Residen British, beliau telah mencadangkan agar dibuat pertambahan sebanyak 54 bilik lagi untuk disambung di Blok C dan D. Kerja-kerja penyambungan ini telah siap dibuat pada tahun 1895.
.





Laman web Penjara pudu Penjara Pudu
Comments
Post a Comment