Skip to main content

Demonstrasi Jalanan Oleh GMI..?

Sabtu lalu, 1hbOgos 2009, kotaraya kuala lumpur diharukpikukkan oleh demonstrasi jalanan yang dianjurkan oleh Gerakan Mansuhkan ISA (GMI). Segerombolan lembu manusi yg berarak  menuju ke Istana Negara ini untuk menyampaikan memorandum untuk memansuhkan ISA telah menyebabkan musibah kepada peniaga dan juga orang awam yang lain. Realitinya, tindakan mereka ini seolah-olah tidak kena pada masanya.
 Ini kerana,Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein telah memulakan proses kajian semula akta berkenaan, justeru itu tidak wajar diadakan demonstrasi untuk membantah atau menyokong pelaksanaan akta itu.

Imbas pada demonstrasi tu, majoriti besar hampir kesemuanya, hanya satu kaum je yang terlibat berdemonstrasi. Kalau betulah Gerakan Mansuh ISA ni serius, xkan satu kaum je? mane kaum-kaum yang lain?mane kata-kata "perpaduan" yg selalu dilaung-laungkan tu?? atau kaum yg ber'demon-stress'si ni jadi boneka? dibayar untuk buat huru-hara? Yang lagi sedih, ada yang habis solat je(kat Masjid Jamek) terus kluar bedemonstrasi. Anda bersolat, tapi lepas solat anda buat kekacauan. patut ka?

Aku nak tanya la pada mereka-mereka yang terlibat dalam demonstrasi tu, apa sebab mereka membantah ISA tu?

1)sebab kebebasan hak asasi manusia ke?? kalau sebab tu, dah lama gov tutup semua kedai arak, disko, kedai2 nombor, rumah urut..tp hakikatnya, korang masih boleh bebas buat apa di negara ini.Korg leh beli nombor judi, pegi karoke, pergi rumah urut, pergi masjid/tokong untuk beribadah..itu pun korg kata gov sekat hak kebebasan korang ke?

2)sebab Anwar pernah kena tahan ISA ke?? dia buat salah..memangla kena..korang atau aku sediri pun kalau buat salah, kena jugak. Tp kalau korang xbuat salah, apa korang nak takut?? Setiap negara ada undang-undang dorg sendiri. Singapore, Thailand, Indon hatta Amerika pun ada Hukuman ala ISA mereka sendiri. Untuk apa? supaya diaorang leh kenakan hukuman pada pembelot negara. Kalau tak, pembelot-pembelot inilah akan huru-harakan negara.Bila negara huru-hara, hidup kita tentu dah xslamat..silap-silap hari-hari makan ubi kayu je..

3) sebab ISA tu zalim ke?? aku nk tanya, apa yang ISA tu zalim? orang yg kena ISA tu hari-hari makan ikan kering ke? korang jangan kena tipu la..makanan dalam ISA tu sedap-sedap mcm mkanan dalam penjara. Kira ok what? ISA malaysia kira baikla jugak dari penjara lain..mkan 3kali sehari..tgk tahanan ISA  yang dibebaskan oleh Pak Najib masa hari 1st dia jdi PM, sihat-sihat je..(kecuali ada sorang yg kusut sbab sendiri yg nak jadi kusut)..klu betul ISA tu zalim, sah-sah diaorng yg bebas tu kurus-kering sbab tak ckup makan!

4) sbab ISA tu BN gov punya ke? ermm..kalau la ISA tu dimansuhkan skang, agak-agak korang, time pembangkang (PAS_PKR_DAP) ambil alih jadi pemimpin negara, dorang mansuhkan tak ISA tu? selisih malaikat kalau dorang mansuhkan ISA tu. Silap-silap dorang lagi ketatkan undang-undang. Tp..kalau dorang (Pakatan Rakyat) mansuhkan ISA bagus jugak..boleh lah spy-spy dari negara lain datang masuk curi rahsia negara. takpun,nanti kmpulan Jemaah Islamiah @ al-Qaeda @ Mafia cari ahli kat negara ni.siap buat kem lagi!masa tu nak tangkap?  "tak bole tangkap ma..xde undang-undang yang bole tangkap kami. ada ISA baru bole tangkap.haha"-kata ketua kumpulan tersebut..time tu la baru korang tau betapa pentingnya ISA ni.. ..

tu bru skit je huraian aku..tak tido malam aku pikirkan sebab dorang berdemonstrasi ni. aku pasti ada antara anda yang tak puas hati dengan huraian aku ni..takpe..Kita kena ingat, Malaysia negara berdemokrasi..semua orang ada hak masing-masing untuk bersuara. Kalau korang ada hak bersuara, aku pun ada hak. Cuma cara kita berbeza. Korang ber'suara' dengan berbaring atas jalan, bersesak-sesak, kena tembak air, kena baling bom asap tp aku bersuara sambil menonton TV, tengok anak buat kerja sekolah dan makan masakan isteri aku..nikmatnya..

DEMONSTRASI = DEMON-STRESS-SI = PENYAKIT HANTU STRESS



p/s : ada otak jangan letak kat lutut..

Technorati Tags: , , ,



, , ,



Powered by ScribeFire.

Comments

Popular posts from this blog

Bendera Malaysia "Terbalik" Ketika Perarakan Kemerdekaan Yang Ke-58 Yang Lalu Mengikut Protokol

Bendera Malaysia diarak ketika Sambutan Kemerdekaan ke 58 PETALING JAYA: Pengguna media sosial belajar sesuatu Ahad lepas tentang bendera Malaysia dan protokol yang sepatutnya diperlukan apabila memaparkannya semasa perarakan. Gambar bendera Malaysia sedang "terbalik" semasa perarakan Hari Kebangsaan pada hari Isnin lalu menjadi viral di media sosial, menarik banyak komen rakyat Malaysia yang kurang maklumat. Gambar itu tersebar di Facebook, dengan pengguna mengejek patriotisme perbarisan. Walau bagaimanapun, pengguna Michael Cheang menjelaskan itu adalah protokol yang sepatutnya terlibat apabila pun cuba mengibarkan bendera negara ketika perarakan. "Tidak, ia tidak adalah satu kesilapan, dan tidak ada yang mendapat salah. "Apabila diadakan secara mendatar dalam perarakan, bendera mesti bergerak seolah-olah ia 'terbang' pada tiang bendera, jadi dalam kes perarakan, maka seolah-olah ia adalah 'terbang' di jalan," katanya. "Apabila...

5 Tip Mengelak Bilik Hotel Berhantu di Malaysia

Hampir semua hotel di Malaysia berhantu. Tetapi ada beberapa cara mengurangkan peluang anda berjumpa dengan makhluk ini. Bukan apa. Seperti anda, makhluk ini juga perlu katil untuk berbaring, cermin untuk bersolek dan sambungan internet untuk emel. Kalau dulu mereka cuma mengetuk bilik, kini mereka sudah pandai mendail telefon anda pada waktu malam. Apabila anda datang ke bilik mereka dengan 3 anak yang asyik bergaduh, anda yang sebenarnya mengganggu mereka. Gunakan 5 tip hotel di bawah untuk mengurangkan peluang diganggu di hotel sewaktu cuti sekolah bersama anak-anak. 1. Elak Resort Terpencil Amber Court Gambar di atas ialah gambar yang diletak dalam iklan. Gambar di bawah ialah keadaan sebenar. Kredit: Azhafizah Ada banyak resort di Malaysia yang letaknya tersorok nun jauh di ceruk kampung. Contohnya Resort Tok Senik, Langkawi. Ada juga hotel yang nun jauh di atas bukit seperti First World Hotel di Genting. Ada resort terpencil di Malaysia yang selalu terjadi...

Tiga Kejadian Tanah runtuh Dalam Seminggu

Hujan lebat setiap hari di Malaysia telah mengakibatkan kejadian 3 tanah runtuh berlaku dalam masa seminggu. Kejadian Pertama Tarikh : 30 November 2008 (Ahad) Lokasi : Ulu Yam, Selangor Dalam kejadian jam 5.30 pagi kelmarin, dua anak Roslan, Nur Athirah Roslan, 16, dan Nurintan Shereena, 9, mati tertimbus dalam runtuhan cerun menggelungsur lalu menimbus sebahagian besar rumah mereka yang terletak di Lot 110, Jalan Belida 1, Seksyen 13, Ulu Yam Perdana. Roslan yang bertugas sebagai juruterbang Firefly dan isterinya, Azizah Madun, 42, serta tiga lagi anak mereka Norman Afiq, 4; Anis Afina, 6 dan Nurlisa Azira, 8, bagaimanapun selamat selepas berjaya keluar melalui lubang bumbung. Kejadian Kedua Tarikh : 5 Disember 2008 Lokasi : Jalan Semantan Beberapa runtuhan susulan berlaku di lokasi tanah runtuh bersebelahan tempat letak kereta di antara bangunan Commerce Square dan bangunan Amanah Raya di Jalan Semantan dekat ini hari ini. Siri runtuhan tanah itu berlaku sekitar pukul 2.15 petang d...