Skip to main content

Perlawanan Malaysia Pilihan Lawan Chelsea

Selasa- 29hb Julai 2008.

Tahniah kepada pasukan Malaysia Pilihan apabila dapat mengurangkan perbezaan gol dengan Chelsea apabila hanya tewas 0-2 kepada pasukan The Blues itu. pencapaian ini adalah sesuatu yang cukup membanggakan. Pasti ramai yang menjangkakan skuad bimbingan Satianathan akan dibelasah, namun semangat juang Sang Harimau membuktikan yang kita juga boleh.

Chelsea pada siri perlawanan persahabatan jelajah Asia telah menewaskan kelab dari China iaitu Guangzhou Pharmaceutical 4-0 dan Chengdu Blades 7-0 minggu lepas.

Pemain Selangor, Mohamad Amirulhadi Zainal hampir memeranjatkan pasukan Chelsea pada minit ketiga apabila tendangannya tersasar sedikit dari gawang gol Chelsea.

Bermain di depan kira-kira 50,000 peminat termasuk ramai penyokong kelab Inggeris itu yang berpakaian jersi biru, Chelsea menguasai perlawanan dengan mempamerkan corak serangan.Rentak perlawanan yang menghiburkan itu akhirnya membawa gol pembukaan pada minit ke-28 menerusi pemain Nicolas Anelka yang menyambut hantaran Frank Lampard sebelum melepaskan tendangan rendah, melepasi jangkauan penjaga gol negara Mohd Helmi Eliza Elias.

Pada minit ke-53, Ashley Cole menyudahkan gol kedua Chelsea apabila mengutip bola dari gerakan “setpiece” yang dilakukan oleh Lampard dan Florent Malouda untuk menewaskan Mohd Helmi.Penjaga gol Chelsea Petr Cech berasakan barisan serangan skuad kebangsaan harus bijak menyudahkan peluang dicipta apabila berdepan pasukan berkelas dunia seperti Chelsea.
“Untuk berjaya di peringkat antarabangsa, penyerang harus bijak
menyempurnakan peluang kerana ia mampu mengubah keputusan perlawanan di
saat genting. Kegagalan menyempurnakan peluang gol akan memberi peluang
kepada lawan untuk bangkit.“Secara keseluruhan, saya rasakan pasukan anda bermain sebaik yang mereka mampu, dan bagi saya mereka berjaya memperoleh permainan yang lebih baik berbanding kami,” kata Cech.
Turut hadir menyaksikan perlawanan berkenaan ialah Presiden PersatuanBola Sepak (FAM), Sultan Ahmad Shah; Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah; Menteri Belia dan Sukan, Datuk Ismail Sabri Yaakob dan Setiausaha Agung FAM, Leftenan Jeneral (B) Datuk Azzuddin
Ahmad.

Chelsea akan berlepas ke Moscow untuk menentang kelab Russia Lokomotiv Moscow Jumaat ini.
Tahniah diucapkan kepada pasukan Malaysia!


MALAYSIA BOLEH!!

Technorati Tags: , , ,

Comments

Popular posts from this blog

Gambar Saiful dengan 3 menteri

KUALA LUMPUR, 30 Jun (Hrkh) - Empat keping gambar yang diedarkan kepada media mencetuskan pelbagai persoalan siapakah sebenarnya Saiful Bukhari Azlan dan adalah beliau merupakan agen pihak tertentu untuk memerangkap Anwar. Saiful Bukhari Azlan (5th L), an aide to Malaysia's de facto opposition leader Anwar Ibrahim, who lodged police report that he has been sodomised by Anwar, is seen with Malaysia's current Tourism Minister Azalina Othman (4th L) in this undated picture released by Anwar's office to the members of the media June 29, 2008. Anwar denied on Sunday allegations that he had sodomised the aide, saying the charges were an attempt by the government to discredit him. Saiful Bukhari Azlan (L), an aide to Malaysia's de facto opposition leader Anwar Ibrahim, who lodged police report that he has been sodomised by Anwar, is seen with Khairil Annas Jusoh, a special assistant to Malaysia's Deputy Prime Minister Najib Razak, in this undated picture released June 29, ...

Proton MPV

Ini gambar terbaru Proton MPV. Proton MPV spotted at NKVE Highway at September 2008 Exterior of new Proton MPV * Tail lamps use LEDs * There is a swage line on the side profile of the MPV. * The spare tyre is installed outside under the chassis Interior of new Proton MPV * The peekaboo box revealed a two-tone beige interior, but sources in Proton say the colour of the interior has not been finalised. It may be either beige or grey. * Luggage space is not that great with the third row of seats in place, but can fit one large golf bag. This means balik kampung with 7 people loaded and luggage for 7 will be a challenge. * Second row splits 60:40 while the third row is a 50:50 split. The seats fold flat. * Interior roof height is designed to be quite decent to accommodate people who want to ride with songkoks and turbans. * The shifter uses a gated shift and is dashboard-mounted rather than mounted between the front two seats, a common modern trend with MPV-like vehicles. * The in-car ente...

Wan Azizah mengosongkan kerusi Permatang Pauh

Jul 31, 08 3:18pm PresidenPKR, Datuk Seri Dr Azizah Wan Ismail telah mengosongkan kerusi Parlimen Permatang Pauh untuk membuka laluan kepada suaminya, yang jugaKetua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim bertanding dalam pilihanrayakecil untuk kerusi tersebut. Bercakap dalam satu sidang akhbar di ibupejabat PKR di Petaling Jaya, Wan Azizah berkata, beliau bagaimanapun kekal sebagai presiden PKR. Wan Azizah berkata, beliau telah menghantar surat peletakan jawatan tersebut kepada Speaker Dewan Rakyat hari ini. Permatang dianggap sebagai kerusi yang selamat berdasarkan kepada keputusan pilihanraya umum lalu, Wan Azizah menang besar dengan majroti 13,388. Beliau mendapatkan 30,348 undi, menewaskan calon Barisan Nasional (BN) dariUmno, Datuk Pirdaus Ismail yang memperolehi 16,950 undi. WanAzizah mewakili kerusi Permatang Pauh selama tiga penggal. Dalam pilihanraya 2004, beliau menang tipis dengan majoriti 590 undi, jugamenewaskan Pirdaus. Jika Anwar kalah,adakah Parti Keadilan akan dibubarkan...