Selasa- 29hb Julai 2008. Tahniah kepada pasukan Malaysia Pilihan apabila dapat mengurangkan perbezaan gol dengan Chelsea apabila hanya tewas 0-2 kepada pasukan The Blues itu. pencapaian ini adalah sesuatu yang cukup membanggakan. Pasti ramai yang menjangkakan skuad bimbingan Satianathan akan dibelasah, namun semangat juang Sang Harimau membuktikan yang kita juga boleh. Chelsea pada siri perlawanan persahabatan jelajah Asia telah menewaskan kelab dari China iaitu Guangzhou Pharmaceutical 4-0 dan Chengdu Blades 7-0 minggu lepas. Pemain Selangor, Mohamad Amirulhadi Zainal hampir memeranjatkan pasukan Chelsea pada minit ketiga apabila tendangannya tersasar sedikit dari gawang gol Chelsea. Bermain di depan kira-kira 50,000 peminat termasuk ramai penyokong kelab Inggeris itu yang berpakaian jersi biru, Chelsea menguasai perlawanan dengan mempamerkan corak serangan.Rentak perlawanan yang menghiburkan itu akhirnya membawa gol pembukaan pada minit ke-28 menerusi pemain Nicolas Anelka yang...
All About Malaysia!! We proud to be a Malaysian.