Skip to main content

Melabur dalam ASB menggunakan loan bank?

Cuba kita fikir2 kan...

Assalamualaikum,

Kalau tak silap saya, belum ada orang yang beri jawapan samada untung atau rugi buat ASB loan ini. Jadi izinkan saya berkongsi sedikit pengetahuan saya samada elok atau tidak elok buat ASB loan ini.

Analisis yang saya buat ini cuma ringkas saja dan tidak berniat untuk memburuk-burukkan pihak tertentu. Hanya sekadar untuk pertimbangan anda sebelum membuat keputusan untuk membuat ASB Loan (melabur ke ASB dengan duit pinjaman bank).

Dari contoh simpanan ASB RM 100,000 yang terdiri dari Deposit RM 5,000 manakala RM 95,000 pinjaman bank mengikut kadar BLR + 0.5% (iaitu 6.9% setahun)
==> Bayaran bulanan RM 731 untuk tempoh 20 tahun.

Seperti yang diiklan, dividen akan diberi terus kpd anda. Contoh: dividen 7% setahun, anda akan dapat RM 7,000 setiap tahun. Boleh dibelanjakan apa saja anda suka dan at the end of 20 years, anda akan terima RM 100,000 yang boleh digunakan untuk beli rumah,pendidikan anak dan sebagainya.

Cara A - Gunakan dividen untuk bayar semula pinjaman
----------------------------------------------------
Hasil pengiraan saya menggunakan software Optimoney,jika dividen 7% setahun atau RM 7,000 itu dibayar semula kpd bank untuk mengurangkan baki pinjaman anda, loan ASB anda dijangka selesai dalam masa 7 tahun 6 bulan dengan jumlah pembayaran penuh hampir RM 120,827
(termasuk deposit RM5,000 dan dividen RM7,000 yg dibayar semula setiap tahun)

Ini bermakna, anda terpaksa membayar RM 120,000 untuk mendapatkan RM 100,000 selepas 7-8 bulan. Untung atau rugi?

Jika anda labur RM 731 ke dalam ASB setiap bulan selama 8 tahun pun, simpanan anda akan menjadi RM 94,260. Campur deposit RM 5,000 yang disimpan utk 8 tahun juga, future value adalah RM 8,590. Total nilai pelaburan anda = 102,850. Dah lebih RM 100,000 dah.


Cara B - Belanjakan Dividen setiap tahun dan maintain bayar bulanan kpd loan
-----------------------------------------------
Bagi loan RM 95,000 untuk 20 tahun pada kadar 6.9% setahun, jumlah pembayaran penuh selepas 20 tahun adalah RM 175,359 (kos)
Dengan dividen RM 7,000 untuk 20 tahun = RM 140,000
dan duit ASB selepas 20 tahun = RM 100,000 (+)
---------------------------------------
Duit Yang Diterima = RM 240,000
---------------------------------------


Secara kasar, nampak macam anda untung sebab anda perolehi RM 240,000 dalam masa 20 tahun sedangkan kos pinjaman anda berjumlah RM 175,359 shj.
Untung pada mata kasar = RM 64,641

Tetapi, bila mengambil kira kesediaan dan keupayaan anda maintain bayaran bulanan RM 731 selama 20 tahun, anda sebenarnya rugi besar.

Ini kerana dengan simpanan RM 731 ke dalam ASB untuk tempoh 20 tahun, nilai pelaburan anda akan menjadi RM 383,018.

Ini bermakna, oleh kerana anda ambil ASB loan dari bank, anda kehilangan 'potential gain'
Total Value jika anda simpan sendiri = RM 383,018
Total gain kalau anda ambil loan = RM 240,000 (-)
-------------------------------------------------
Kehilangan Keuntungan RM 143,018
================================================


Siapa yang untung sebenarnya? ==> Bank
Dengan modal pinjaman RM 95,000, bank terima RM 175,359 dari anda sepanjang 20 tahun itu. Ini bermakna mereka untung lebih RM 80,000 dari keuntungan ASB yang anda boleh dapat jika anda simpan guna duit sendiri. Masalahnya, bank tidak boleh melabur dalam ASB kerana
ASB adalah untuk individu bumiputra. Dengan ASB loan, mereka dapat buat untung hasil dividen ASB yang mereka ambil dari pelaburan anda.

Yang Rugi ==> Anda sebenarnya.
Oleh itu, lebih baik anda simpan ASB menggunakan duit sendiri.
Moralnya, jangan melabur dengan duit hutang.


Diharap email ini dapat menjawab dilemma anda selama ini. Terima kasih.

Comments

Popular posts from this blog

Bendera Malaysia "Terbalik" Ketika Perarakan Kemerdekaan Yang Ke-58 Yang Lalu Mengikut Protokol

Bendera Malaysia diarak ketika Sambutan Kemerdekaan ke 58 PETALING JAYA: Pengguna media sosial belajar sesuatu Ahad lepas tentang bendera Malaysia dan protokol yang sepatutnya diperlukan apabila memaparkannya semasa perarakan. Gambar bendera Malaysia sedang "terbalik" semasa perarakan Hari Kebangsaan pada hari Isnin lalu menjadi viral di media sosial, menarik banyak komen rakyat Malaysia yang kurang maklumat. Gambar itu tersebar di Facebook, dengan pengguna mengejek patriotisme perbarisan. Walau bagaimanapun, pengguna Michael Cheang menjelaskan itu adalah protokol yang sepatutnya terlibat apabila pun cuba mengibarkan bendera negara ketika perarakan. "Tidak, ia tidak adalah satu kesilapan, dan tidak ada yang mendapat salah. "Apabila diadakan secara mendatar dalam perarakan, bendera mesti bergerak seolah-olah ia 'terbang' pada tiang bendera, jadi dalam kes perarakan, maka seolah-olah ia adalah 'terbang' di jalan," katanya. "Apabila...

5 Tip Mengelak Bilik Hotel Berhantu di Malaysia

Hampir semua hotel di Malaysia berhantu. Tetapi ada beberapa cara mengurangkan peluang anda berjumpa dengan makhluk ini. Bukan apa. Seperti anda, makhluk ini juga perlu katil untuk berbaring, cermin untuk bersolek dan sambungan internet untuk emel. Kalau dulu mereka cuma mengetuk bilik, kini mereka sudah pandai mendail telefon anda pada waktu malam. Apabila anda datang ke bilik mereka dengan 3 anak yang asyik bergaduh, anda yang sebenarnya mengganggu mereka. Gunakan 5 tip hotel di bawah untuk mengurangkan peluang diganggu di hotel sewaktu cuti sekolah bersama anak-anak. 1. Elak Resort Terpencil Amber Court Gambar di atas ialah gambar yang diletak dalam iklan. Gambar di bawah ialah keadaan sebenar. Kredit: Azhafizah Ada banyak resort di Malaysia yang letaknya tersorok nun jauh di ceruk kampung. Contohnya Resort Tok Senik, Langkawi. Ada juga hotel yang nun jauh di atas bukit seperti First World Hotel di Genting. Ada resort terpencil di Malaysia yang selalu terjadi...

Tiga Kejadian Tanah runtuh Dalam Seminggu

Hujan lebat setiap hari di Malaysia telah mengakibatkan kejadian 3 tanah runtuh berlaku dalam masa seminggu. Kejadian Pertama Tarikh : 30 November 2008 (Ahad) Lokasi : Ulu Yam, Selangor Dalam kejadian jam 5.30 pagi kelmarin, dua anak Roslan, Nur Athirah Roslan, 16, dan Nurintan Shereena, 9, mati tertimbus dalam runtuhan cerun menggelungsur lalu menimbus sebahagian besar rumah mereka yang terletak di Lot 110, Jalan Belida 1, Seksyen 13, Ulu Yam Perdana. Roslan yang bertugas sebagai juruterbang Firefly dan isterinya, Azizah Madun, 42, serta tiga lagi anak mereka Norman Afiq, 4; Anis Afina, 6 dan Nurlisa Azira, 8, bagaimanapun selamat selepas berjaya keluar melalui lubang bumbung. Kejadian Kedua Tarikh : 5 Disember 2008 Lokasi : Jalan Semantan Beberapa runtuhan susulan berlaku di lokasi tanah runtuh bersebelahan tempat letak kereta di antara bangunan Commerce Square dan bangunan Amanah Raya di Jalan Semantan dekat ini hari ini. Siri runtuhan tanah itu berlaku sekitar pukul 2.15 petang d...